fbpx

Pemuda hilang di Bukit Hilltop sudah biasa dengan laluan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa ketika ditemui di jeti dekat SMK Batu Kawan, petang tadi. Minta kerjasama blurkan wajah mangsa. Terima kasih

SEBERANG PERAI – Pemuda yang ditemukan selamat selepas hilang ketika mendaki di Bukit Hilltop, Batu Kawan, di sini Sabtu lalu dikatakan sudah biasa melakukan aktiviti tersebut di lokasi berkenaan.

Mangsa, Muhammad Azfar Ismail, 29, dijumpai dalam keadaan selamat di kawasan paya bakau di jeti berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawan pukul 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Chong Boo Khim berkata, mangsa ditemukan oleh sekumpulan nelayan semasa operasi menyelamat sedang dijalankan.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali calar pada bahagian tangan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Beliau memberitahu, rawatan awal diberikan oleh petugas di lokasi kejadian sebelum mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI