fbpx

Pemandu SUV halang ambulans, maki petugas perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan Toyota Fortuner memberhentikan kenderaannya di hadapan ambulans. - Istimewa

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner menghalang laluan ambulans sebelum memarahi kakitangan kecemasan yang sedang membawa pesakit, lapor laman berita Detik kelmarin.

Berdasarkan rakaman video pada papan pemuka ambulans, SUV berwarna hitam itu secara tiba-tiba membuat pusingan U di hadapan ambulans yang bergerak laju dan membunyikan siren.

Ambulans itu dilaporkan sedang membawa seorang pesakit yang mengalami sesak nafas.

SUV  yang pada awalnya dipandu di laluan bertentangan itu kemudian berhenti betul-betul di hadapan ambulans dengan kedudukannya menghalang laluan kontra.

Selepas pemandu ambulans membunyikan hon, pemandu Toyota Fortuner itu keluar dari kenderaannya dan memarahi kakitangan perubatan.

Tidak jelas butir percakapannya, namun tangannya menunjuk-nunjuk ke arah pemandu ambulans.

“Ambulans sedang membawa pesakit sesak nafas menuju ke hospital di Depok, Jawa Barat. Ketika  perjalanan, ambulans dihalang oleh kenderaan yang membuat pusingan U secara tiba-tiba,” ujar keterangan video tersebut.

Sementara itu, Ketua Unit Trafik Polis Metro Depok, Komisioner Polis Multazam Lisendra berkata, pihaknya telah mengenal pasti pemandu berkenaan dan akan melakukan siasatan.

“Pihak polis akan mengambil tindakan tegas iaitu mendenda pemandu terbabit,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI