fbpx

Kes Faisal Halim: Lapan cap jari ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fotofit suspek kes simbah asid terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim, 5 Mei lalu.

KUALA LUMPUR – Hanya tiga daripada lapan kesan cap jari di lokasi kejadian kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim cukup sifat susulan penelitian pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tiga cap jari yang cukup sifat itu telah disemak dengan pangkalan data PDRM namun tiada padanan timbul.

“Hal ini mungkin kerana individu terbabit tidak pernah ditahan dan tidak memiliki rekod kesalahan lampau,” katanya ketika dihubungi.

Jelas beliau, daripada lapan cap jari yang dianalisa itu, hanya limanya tidak cukup sifat manakala tiga lagi cukup sifat.

“Polis sudah mengedarkkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid itu dan meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil bagi membantu mengesan suspek yang menyerang pemain kebangsaan itu,” katanya.

Terdahulu, PDRM mengedarkan fotofit suspek yang menyimbah asid terhadap penyerang Selangor FC, Faisal Halim.

Suspek disyaki berusia lingkungan 30-an serta berketinggian 165 centimeter selain mempunyai kulit sawo matang dan susuk saiz badan sederhana.

Orang ramai boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5), Inspektor Jagachandaran Murugesen di talian 0125848166 atay 0322666071 jika mempunyai maklumat.

5 Mei lalu, penyerang kebangsaan, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira pukul 5 petang.

Susulan itu, polis telah menahan suspek pertama di sekitar Ampang, Selangor bagi membantu siasatan berkenaan kes tersebut.

Bagaimanapun, hasil soal siasat mendapati lelaki berusia 20-an itu tidak terlibat dengan kes yang disiasat dan dibebaskan dengan jaminan polis.

6 Mei lalu, suspek kedua insiden simbah asid terhadap Faisal telah ditahan dan semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai tujuh rekod lampau.

Suspek berusia 30-an itu ditahan lewat petang di sekitar Bandar Baru Bangi dan direman lima hari sehingga hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI