fbpx

Lahirkan bayi di rumah sewa kekasih, buang di kedai ayam segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN kekasih yang disyaki membuang bayi pada Sabtu lalu di bawa ke IPD Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sepasang kekasih ditahan hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan bayi lelaki di sebuah kedai menjual ayam segar di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Chukai di sini  kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dua suspek masing-masing berusia 24 dan 21 tahun ditahan di lokasi berasingan pada pukul 11 pagi dan 3 petang tadi.

“Seorang gadis yang berada dalam keadaan mencurigakan ditahan dalam pemeriksaan dari rumah ke rumah di Kampung Jabur Kubur pada pukul 11 pagi tadi.

“Hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit suspek menjumpai banyak gambar bayi lelaki mirip yang dibuang di kedai menjual ayam pada Sabtu lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang bayi lelaki ditemukan dalam keadaan kesejukan di sebuah kedai menjual ayam. Siasatan awal mendapati gadis itu mengaku melahirkan bayi tersebut di rumah sewa kekasihnya pada 12 Mei lalu sebelum membuangnya kelmarin.

Beliau berkata, hasil maklumat itu kemudian membawa kepada penahanan pembantu kedai dipercayai kekasih gadis itu di bandar Chukai di sini pada pukul 3 petang tadi.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman di sini esok bagi permohonan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI