fbpx

JDT belum pamer tahap sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON membuktikan ketajamannya dengan meledak dua gol buat JDT dalam kemenangan 3-1 ke atas NSFC kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio enggan berpuas hati de­ngan kemenangan 3-1 ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC) yang dilakar anak buahnya pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin.

Menurut beliau, hal itu ke­rana skuad Harimau Selatan masih belum mempamerkan kualiti sebenar selaku juara Liga Super sebanyak 10 kali berturut-turut sejak 2014.

“Ia satu perlawanan sukar, kebiasaannya perlawanan pertama memang sedemikian. Tetapi saya percaya pemain-pemain kami akan dapat me­ningkatkan lagi kualiti mereka dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Pemain NSFC telah menunjukkan persembahan yang baik, mereka berjaya memaksa kami bersabar dalam mencari peluang-peluang untuk menjaringkan gol.

“Masih banyak yang perlu dilakukan dan kita perlu tingkatkan lagi kualiti serangan termasuk hantaran silang selain aspek pertahanan,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Bergson Da Silva menjaringkan dua gol selain satu diperoleh menerusi Jordi Amat, manakala jaringan tunggal NSFC disempurnakan oleh Hein Htet Aung.

Sementara itu, Hector Bidoglio turut memberitahu, ke­tiadaan ayam tambatan JDT, Arif Aiman Hanapi dalam perlawanan kelmarin adalah bagi memberi peluang kepadanya untuk lebih bersedia menghadapi aksi akan datang.

“Dia akan bermain dalam perlawanan berikutnya. Pada pendapat saya, dia memang seorang pemain baik yang berkualiti, semua pemain JDT mempunyai kualiti masing-masing.

“Saya juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua pemain dapat meningkatkan tahap permainan dan berikan yang terbaik bagi mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI