fbpx

Pengarah syarikat pembersihan didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shukri (kanan) didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan kepada Kastam di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pengarah syarikat pembersihan, Dynatrade View Resources dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM16,585.76 pada enam tahun lalu.

Ahmad Shukri Muda, 38, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan, dia sebagai orang kena cukai telah gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM16,585.76 kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Dia didakwa gagal membayar cukai tersebut bagi tempoh bercukai 1 September sehingga 31 Oktober 2018 dalam tempoh ditetapkan Ketua Pengarah Kastam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan dia dibebaskan dengan wang jaminan RM1,500 dan seorang penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Jun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI