fbpx

Penang FC belum panas, sekadar seri 0-0 dengan Terengganu FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafael (kiri) diasak sayap tengah Terengganu FC, Nurillo Tukhtasinov pada aksi Liga Super 2024 di Stadium Bandaraya, malam ini.

GEORGE TOWN – Penang FC sekadar mencatatkan keputusan seri 0-0 bertemu Terengganu FC (TFC) pada perlawanan Liga Super 2024 yang berlangsung di Stadium Bandaraya, di sini malam ini.

Pada perlawanan pertama Liga Super minggu lalu, pasukan kendalian Ketua Jurulatih Akmal Rizal Ahmad Rakhli sekadar membawa pulang satu mata dalam aksi perlawanan menentang Sabah FC selepas perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu di Sabah.

Minggu ini, rentak permainan skuad yang mendapat jolokan Harimau Kumbang itu dilihat seimbang namun dikatakan belum cukup panas untuk membolosi gawang lawan, yang dikawal rapi penjaga golnya, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin.

Pada masa pertama perlawanan, kedua-dua pasukan dilihat melakukan serangan bertali-arus namun tiada sebarang jaringan ‘sah’ dilakukan daripada kedua-dua pasukan selepas jaringan pertama pasukan TFC dibatalkan oleh penjaga garisan menerusi pemain kelahiran Filipina, Manuel Ott.

Pada separuh masa kedua, jaringan Penang FC pula dibatalkan selepas penyerang pasukan itu, Mohammad Nabil Ahmad Latpi menanduk keluar bola yang sudah ditangkap penjaga gol, Syed Muhammad di pintu gawang, minit ke-68.

Keputusan pada perlawanan pertama tuan rumah malam ini sekali lagi menyaksikan skuad Harimau Kumbang kekal terikat 0-0 dengan Terengganu FC sehingga tamat separuh masa kedua.

Penang FC bakal beraksi menentang pasukan PDRM di Kelana Jaya pada Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI