fbpx

EPL: Man. City fokus menang, bukan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY hanya perlu menewaskan West Ham untuk mengesahkan kejuaraan EPL dan mencipta sejarah baharu menjadi pasukan pertama merangkulnya empat kali berturut-turut. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui fokus pasukannya untuk aksi terakhir menentang West Ham United malam ini hanya untuk memenangi perlawanan tanpa memikirkan mengenai gelaran Liga Perdana Inggeris.

Perlawanan yang bakal berlangsung di Etihad itu menyaksikan City hanya perlu menewaskan West Ham untuk meraih gelaran juara musim ini sekali gus mencipta sejarah menjadi pasukan pertama yang memenangi untuk kali keempat berturut-turut.

Ketika ditanya sama ada beliau merasakan ramai orang yang meminati pasukannya selepas City berdepan tuduhan memanipulasi kewangan kelab, tetapi masih berjaya mengekalkan tahap konsisten prestasi.

“Saya tidak tahu apa yang orang fikirkan. Saya tidak pergi mengetuk pintu setiap rumah dan bertanyakan mengenai pendapat mereka.

“Tetapi, apabila anda bertanyakan setiap pasukan dalam saingan EPL pada awal musim mengenai kedudukan kami pada akhir saingan, mereka akan menjawab kami akan berada di tempat terbaik, itu sudah pasti.

“Berbaki satu perlawanan, segala-galanya bergantung kepada kami sendiri. Memenangi perlawanan bermakna kami akan menjadi juara dan banyak pasukan yang mahu berada di kedudukan kami,” katanya.

Selain empat kejuaraan berturut-turut, kejayaan menjulang trofi EPL musim ini juga menyaksikan mereka akan merangkul gelaran keenam dalam tempoh lapan musim apabila mendahului Arsenal dengan kelebihan dua mata ketika ini.

“Adakah ia tugas yang mudah (memenangi kejuaraan keempat)? Sudah tentu tidak. Kami perlu mendahului dengan tiga gol untuk selesa, namun itu sukar berlaku,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI