fbpx

Amaran banjir kilat di Arab Saudi termasuk Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan meredah banjir kilat akibat hujan lebat semalaman di Riyadh pada 1 Mei lalu. - AFP

RIYADH – Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran berjaga-jaga berikutan ramalan ribut petir di kebanyakan kawasan negara itu bermula semalam hingga Rabu ini, lapor akhbar Saudi Gazette.

Kota Suci Mekah dijangka mengalami hujan sederhana dan lebat yang boleh membawa banjir kilat, hujan batu dan angin berkelajuan tinggi selain menyebabkan ribut pasir dan ribut petir.

Antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk Taif, Maysan, Adham, Al-Ardiyat dan Al-Kamil.

Sementara itu, hujan rintik hingga sederhana diramal melanda kawasan berdekatan seperti Jumum, Bahrah, Rania, Khurma dan Moya.

Ibu kota Arab Saudi, Riyadh juga diramal mengalami hujan sederhana dan angin kencang yang boleh mengakibatkan banjir kilat dan ribut pasir.

Wilayah-wilayah lain di Arab Saudi seperti Jazan, Asir dan Al-Baha dijangka mengalami hujan lebat atau sederhana, manakala hujan rintik hingga sederhana dijangka melanda beberapa kawasan di Madinah, Hail, Jazan serta Qasim.

Pihak Pertahanan Awam Arab Saudi mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah pencegahan semasa keadaan cuaca buruk bagi memastikan keselamatan.

Penduduk juga dinasihatkan untuk mengelak daripada melalui kawasan yang terdedah kepada banjir kilat dan tempat dinaiki air. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI