fbpx

Serangan balai polis: Polis Pahang tingkat tahap keselamatan setiap balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahaya menyerahkan Jalur Gemilang kepada bapa Allahyarham Muhamad Syafiq, Ahmad Said Md Piah selepas selesai urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 8 di Kuantan hari ini

KUANTAN – Polis Pahang mengambil langkah lebih bersiap siaga dalam memastikan kawalan keselamatan sentiasa terjaga di setiap balai polis di negeri ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, ia selaras dengan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang mahukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan tahap keselamatan di balai polis berikutan serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi Jumaat.

“Di Kontinjen Polis Pahang, saya telah mengarahkan kepada semua Ketua Polis Daerah untuk memastikan setiap balai berada dalam keadaan siap siaga dari segi keselamatan,” katanya selepas menziarahi keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor di kediaman keluarganya di Taman Seri Mahkota Jaya di sini hari ini.

Beliau turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada bapa Allahyarham iaitu Ahmad Said Md Piah selepas selesai urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 8 dekat sini hari ini.

Sementara itu Yahaya berkata, polis Pahang akan membantu keluarga Allahyarham Muhamad Syafiq dalam pengurusan jenazah sehingga selesai dan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI