fbpx

Perbincangan rasmi HSR dibuat selepas persetujuan Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan Bilangan 1 tahun 2024 di Putrajaya, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Sebarang perbincangan secara rasmi bersama Singapura mengenai cadangan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura hanya akan dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Kabinet.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pada ketika ini, kertas kerja berkaitan cadangan tersebut masih berada di peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT) dan masih menunggu waktu yang sesuai untuk dibentangkan kepada Kabinet.

“Memang ada perbincangan dengan Menteri Pengangkutan Singapura dalam pelbagai perkara antaranya HSR, namun belum ada yang rasmi. Dan saya jelaskan bahawa sebarang cadangan rasmi tentang HSR hanya akan dibentangkan atau dibincangkan dengan Singapura selepas kita mendapat persetujuan daripada Kabinet.

“Setakat ini (kertas cadangan) HSR masih di peringkat MOT, kita masih menunggu slot daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk kita bentangkan mengenai penilaian yang telah dijalankan. Selepas Perdana Menteri diberikan taklimat, kalau beliau bersetuju untuk kertas itu dibentangkan ke Kabinet baru lah kita akan bentangkan.

“Jadi, saya maklumkan kepada Menteri Pengangkutan Singapura bahawa terdapat beberapa perbincangan yang sedang berlangsung di pihak kami tetapi hanya akan dibincangkan secara rasmi dengan beliau sebaik sahaja mendapat kelulusan Kabinet,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF) di sini hari ini.

Anthony Loke berkata demikian ketika ditanya berhubung pertemuannya bersama Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat yang melakukan lawatan kerja ke Malaysia, Selasa lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI