fbpx

Hentikan spekulasi, beri ruang kepada PDRM – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman.

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyeru peminat tanah air memberi ruang kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan terhadap insiden yang berlaku ke atas pemain-pemain kebangsaan awal bulan ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berharap mana-mana pihak tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi situasi ketika ini sehingga mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan peminat sukan tanah air.

“Amat penting bagi sesebuah pasukan dan pengurusan mereka untuk tidak membuat kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai atau memulakan perbicaraan awam ketika insiden itu masih dalam siasatan pihak polis.

“Kita tidak mahu kenyataan terbuka seperti itu (diteruskan) kerana ia secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai persepsi lebih buruk sehingga mengganggu siasatan pihak polis.

“Saya juga ingin menasihatkan pihak media, para peminat bola sepak mahupun penganalisis sukan agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang komen berkaitan hal ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Azman mengesahkan pihak polis sering memberi perkembangan secara berkala kepada FAM mengenai usaha dan siasatan yang dijalankan mereka.

“Maka, kita harus memberikan kepercayaan kepada PDRM untuk melakukan siasatan secara menyeluruh sehingga pelaku yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.

“Sekali lagi saya mohon semua pihak bertenang sehingga keadaan kembali reda dan menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak polis untuk melakukan siasatan dengan lebih efisien,” katanya.

Sebagai rekod, Akhyar Rashid telah diserang menggunakan cota selepas pulang daripada sesi latihan bersama Terengganu FC di Kuala Terengganu pada 2 Mei lepas sehingga memerlukan jahitan di kepala.

Namun, serangan melibatkan tonggak Selangor FC, Faisal Halim lebih serius selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada 6 Mei dan masih menjalani rawatan sehingga kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI