fbpx

AHTV, jadikan Malaysia hab pengeluar kenderaan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHTV bakal dibangunkan di kawasan seluas 1,618.7 hektar di Tanjung Malim.

IPOH – Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim memberi tumpuan kepada teknologi dan sistem baharu dalam sektor automotif global seperti elektrifikasi, kecerdasan buatan (AI), teknologi autonomi dan ketersambungan lebih baik.

AHTV yang bakal dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 1618.7 hektar dibangunkan sebagai hab bagi industri kenderaan tenaga (NEV) baharu.

Pemegang saham Proton sebanyak 49.9 peratus iaitu pembuat kereta China Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) mengumumkan kesediaannya­ untuk melabur RM30 bilion dalam pembangunan dan pengkomersialan AHTV.

AHTV adalah projek besar berimpak tinggi yang akan me­ningkatkan industri automotif negara selain pemangkin untuk menggiatkan semula pasaran sektor automotif domestik.

Pembangunan AHTV mampu menjadikan Malaysia hab bagi pengeluar kenderaan elektrik dan pembekal komponen, bukan sahaja untuk pasaran Asean tetapi­ lebih daripada itu.

Penganalisis ekonomi, Wan Mohd. Farid Wan Zakaria berkata, perkembangan lain yang mempunyai tindak balas berantai ekonomi­ seperti taman perindustrian dan pembangunan hartanah untuk tujuan komersial secara keseluruhannya berpotensi menjana RM32 bilion menjelang 2030.

Beliau berkata, kerjasama antara pemilik Proton Geely Holding dan DRB-Hicom, serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan di sana akan menggalakkan lebih
banyak syarikat automotif menyediakan kemudahan di Malaysia.

“Saya menjangkakan ranca­ngan itu dapat direalisasikan secepat mungkin. Ia akan menarik pembuatan teknologi tinggi, aktiviti nilai tambah tinggi dan produk yang kompleks,” ujar Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Katanya, AHTV meliputi pusat R&D global berteknologi tinggi, hab pembuatan, perkhidmatan sokongan untuk ekosistem automotif dan universiti berorientasikan penyelidikan.

“Satu lagi faedah utama yang akan dibawanya ialah ia diramalkan menjana banyak pekerjaan untuk orang ramai serta mening­katkan aktiviti ekonomi di kawasan itu.

“Tanjung Malim akan menyaksikan limpahan ekonomi daripada­ aktiviti projek pembangunan AHTV yang dijangka menawarkan 160,000 pekerjaan apabila ia beroperasi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI