fbpx

Ujian penilaian dirangka Sarawak selari UASA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina.

KUANTAN – Sistem Penilaian bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dicadangkan Sarawak bukan merupakan ujian peringkat nasional.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ujian tersebut adalah selari dengan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dibangunkan dan sedang diperkasakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Sebenarnya hasrat kerajaan Sarawak berkaitan ujian itu adalah selaras dengan apa dilaksanakan KPM yang sedang memperkasakan UASA ini.

“Jadi memang KPM akan bantu kerana ia selari dengan apa yang sedang kita bangunkan dan perkasakan khususnya UASA ini di peringkat KPM,”katanya dalam sidang akhbar pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-53 di Dewan Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Pada tahun lalu Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata negeri itu bercadang merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan UPSR dan langkah itu sedang diteliti kerana pihaknya percaya ujian itu menjadi penanda aras untuk menilai prestasi pelajar.

Menurut Fadhlina hasrat kerajaan negeri Sarawak itu adalah selaras dan isu autonomi dan penurunan kuasa kepada pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.

Justeru katanya, tiada halangan untuk Sarawak berbuat demikian malah KPM akan membantu dalam pembangunan ujian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI