fbpx

Rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang pengurus syarikat swasta mengalami kerugian berjumlah RM401,075 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa lelaki berusia 51 tahun itu telah membuat laporan polis semalam berhubung modus operandi penipuan sindiket dalam talian itu.

“Mangsa telah berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan beberapa individu tidak dikenali dan telah menyertai pelaburan secara dalam talian.

“Mangsa telah membuat pindahan wang sebanyak 19 kali transaksi menggunakan wang miliknya sendiri bermula 21 Mac hingga 12 Mei lalu dengan kerugian berjumlah RM401,075,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI