fbpx

Keputusan perintah larangan bersuara Chegu Bard 20 Mei depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADRUL HISAHM atau Chegu Bard (kanan) bersama peguam dibawa ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini. Foto oleh BAZLAN IBRAHIM/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi Johor Bahru menetapkan tarikh 20 Mei depan bagi keputusan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin berkaitan projek kasino di Forest City.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, yang mewakili Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu setelah mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, hari ini.

Katanya, pihak pendakwaan memohon semakan perintah larangan bersuara terhadap anak guamnya agar tidak membuat atau mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes yang sedang dihadapinya, selepas Mahkamah Sesyen menolak permohonan tersebut sebelum ini.

“Hakim Mahkamah Sesyen telah menolak permohonan ‘gag order’ itu, namun pihak pendakwa raya tidak berpuas hati dengan keputusan atau perintah hakim menolak perintah larangan tersebut.

“Justeru, pendakwa raya mengikut Seksyen 323 Kanun Prosesur Jenayah, iaitu prosedur semakan memohon Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengenepikan perintah tersebut untuk memberikan ‘gag order’ kepada Chegu Bard,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di perkarangan mahkamah itu, di sini hari ini.

Pada 30 April lepas, Chegu Bard mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengeluarkan penerbitan yang menghasut pihak awam berkaitan projek kasino di Forest City.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI