fbpx

Dua pegawai kanan seleweng dana pinjaman bagi projek RM1.2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua suspek direman empat hari oleh SPRM kerana disyaki menyalahguna kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman kerajaan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai kanan badan berkanun selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana peruntukan pinjaman Kementerian Kewangan bagi projek pembangunan bernilai RM1.2 bilion.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini ke atas dua suspek berusia dalam lingkungan 50-an dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman kerajaan dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang diterima daripada Kementerian Kewangan.

Katanya, ia dipindahkan kepada syarikat kontraktor dan perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman kerajaan.

“Penyelewengan peruntukan itu amatlah serius memandangkan peruntukan berkenaan melibatkan dana daripada Kerajaan Malaysia ” katanya tadi.

Sementara itu,Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap dua suspek terlibat dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI