fbpx

Korban banjir lahar Indonesia meningkat 50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lori terperangkap di dalam lumpur selepas banjir kilat dan aliran lahar sejuk melanda Tanah Datar di Sumatera Barat semalam. – AFP

JAKARTA – Bilangan korban banjir kilat dan aliran lahar sejuk dari sebuah gunung berapi di barat Indonesia pada hujung minggu lalu meningkat kepada 50 orang, manakala 27 yang lain masih hilang, kata Badan Nasional Pengurusan Bencana(BNPB) hari ini.

“Berdasarkan beberapa laporan, Suharyanto (ketua BNPB) berkata, mangsa yang meninggal dunia akibat bencana ini ialah 50 orang,  27 lagi hilang, 37 cedera, manakala seramai 3,396 penduduk dipindahkan,” kata jurucakap agensi berkenaan, Abdul Muhari.

Terdahulu, Suharyanto memberitahu bahawa angka kematian boleh meningkat lagi. Beliau turut meminta peralatan berat dihantar bagi membantu usaha menyelamat.

Menurutnya, penghantaran bantuan dilakukan menerusi laluan air dan udara di samping jambatan kecemasan selepas banjir dan aliran lajar sejuk menyebabkan sebilangan jalan ke kawasan paling teruk terjejas tidak dapat dilalui.

Alihar lahar sejuk itu mengandungi bahan vulkanik seperti abu, pasir dan kerikil yang dibawa menuruni lereng gunung berapi oleh air hujan.

Indonesia cenderung kepada bencana tanah runtuh dan banjir semasa musim hujan.

Dalam tahun 2022, kira-kira 24,000 dipindahkan dan dua kanak-kanak terkorban akibat banjir di Pulau Sumatera. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI