fbpx

[VIDEO] Alhamdulillah saya dan rombongan selamat – Ab. Rauf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rauf ketika melihat keadaan cermin belakang kereta pengiring polis yang pecah akibat dihempap pokok di Jalan Pinang, Kuala Lumpur hari ini. Foto IHSAN PEGAWAI MEDIA KETUA MENTERI MELAKA.

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berharap pihak berkuasa dapat melaksanakan tanggungjawab sebaiknya dengan memantau pokok-pokok yang berada sekitar ibu negara.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara berkata demikian selepas kenderaan dinaikinya nyaris ditimpa pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Finance, kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Ujarnya, ketika kejadian, keretanya yang berada di kawasan itu tidak dapat bergerak kerana kesesakan lalu lintas akibat keadaan cuaca tidak mengizinkan.

“Ketika itu keadaan kereta polis pengiring saya, baru sahaja melintas kawasan tersebut (pokok tumbang) tetapi malangnya pokok itu menghempap belakang kenderaan itu.

“Alhamdulillah saya dan rombongan saya berada dalam keadaan selamat. Semoga pihak berwajib dapat memantau pokok-pokok yang berada sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur ini,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan keadaan Ab. Rauf dan kenderaan yang dinaiki jenis Lexus 350 dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas kenderaan dinaikinya hampir dihempap pokok tumbang.

Menurut Pegawai Media Ab. Rauf, Shahnor Samsudin, ketika kejadian, rombongan Ketua Menteri sedang melalui kawasan tersebut untuk menghadiri urusan rasmi di ibu kota.

Untuk rekod, ini merupakan kejadian kedua pokok tumbang dalam bulan yang sama di Kuala Lumpur selepas tragedi yang berlaku di pada 7 Mei lalu di Jalan Sultan Ismail.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, seorang lelaki meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa dilaporkan cedera selepas dihempap pokok tumbang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, pokok lama tersebut berusia 50 tahun berada di bawah pemantauan pihak swasta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI