fbpx

Cuaca hujan, ribut petir ketika balik kerja hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, beberapa kawasan di Perak, kawasan pantai Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang mengalami hujan lebat sekitar pagi tadi juga akan beransur reda sebelum menjelang tengah hari ini.

“Di Sabah pula hujan di beberapa tempat melibatkan Pedalaman dan Labuan,” katanya.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan ribut petir di seluruh negara melibatkan kebanyakan tempat di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Ribut petir juga dijangka di beberapa tempat melibatkan Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Beberapa tempat di kawasan pedalaman Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu turut dijangka menerima cuaca buruk sama,” ujar Metmalaysia.

Selain itu, ribut petir dan hujan lebat di sebelah petang turut dijangka di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

“Di Sarawak, kawasan yang berdepan cuaca buruk itu ialah Kuching, Serian, Samarahan Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam pula, ribut petir dan hujan diramalkan di kawasan pedalaman Kelantan dan Pahang, serta hujan di beberapa tempat melibatkan Kuala Lumpur, Johor, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Ribut petir berserta hujan turut dijangka di Pedalaman, Labuan, Pantai Barat dan Sandakan, Sabah.

“Cuaca hujan dan lembap juga dijangka di beberapa tempat di Sarawak melibatkan Sibu, Bintulu, Mukah, Kapit, Miri dan Limbang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI