fbpx

Tergamak curi, pajak barang kemas sahabat lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA- Masalah kewangan dipercayai menjadi punca seorang wanita sanggup mencuri barang kemas milik sahabat lama dan memajaknya dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Dahlia Apartment, Pandan Indah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan kes kecurian tersebut daripada seorang wanita berusia 30-an, 28 April lalu.

Katanya, pembantu khidmat pelanggan berkenaan menyedari barang kemas miliknya hilang ketika sedang mengemas bilik.

“Hasil pemeriksaan mendapati barang kemas miliknya yang diletakkan di dalam kabinet telah hilang.

“Pengadu telah menceritakan perkara ini kepada dua orang rakan serumahnya untuk membuat pemeriksaan barang di bilik.

“Rakannya telah membuat pemeriksaan di dalam bilik masing-masing namun mendapati seorang daripada mereka turut kehilangan barang kemas “ katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Azam, pengadu turut mengesyaki suspek mencuri menggunakan kunci kedua kerana tiada kesan umpil di pintu masuk.

Hasil risikan dijalan, Azam memaklumkan seorang wanita tempatan berusia 33 tahun ditahan dipercayai terlibat dengan kes disiasat sekitar Ampang, kelmarin.

“Tangkapan dilakukan sekitar pukul 9.40 malam. Semakan terhadap pekerja teknologi maklumat berkenaan negatif sebarang pengaruh dadah dan rekod lampau,” katanya,

Jelas beliau, pihaknya turut merampas sekeping surat pajak dipercayai digunakan untuk memajak emas yang dicuri.

“Soal siasat mendapati motif kecurian ekoran masalah kewangan. Suspek juga didapati telah pajak cincin emas milik rakan mangsa yang dicuri di kedai pajak Pandan Indah dengan harga sekitar RM2,000.

“Polis berjaya membuat rampasan sebentuk cincin emas dipercayai milik mangsa,” katanya.

Tambah beliau, suspek merupakan sahabat lama mangsa yang telah diajak ke rumahnya untuk berjumpa dua hari sebelum barang kemas disedari hilang.

“Suspek yang ditahan telah direman selama empat hari bermula semalam sehingga Isnin ini untuk siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI