fbpx

Liga Super: TFC turun tanpa tiga tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAMUT (kanan) masih menjalani rawatan di Croatia dan dijangka pulang kira-kira tiga minggu lagi.

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner mengakui persiapan pasukannya berdepan Perak pada aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malan ini berdepan kerumitan.

Beliau berkata, selain Akhyar Rashid yang terpaksa diketepikan ekoran insiden samun, TFC juga pincang tanpa dua lagi tonggak penting iaitu Ivan Mamut dan Matthew Steenvoorden.

“Steenvoorden yang merupakan bek tengah perlu melupakan hasrat membuat penampilan sulung bersama TFC malam esok (ini) ekoran me­ngalami pembedahan lutut dan memerlukan berehat selama sebulan.

“Kami juga kehilangan sentuhan Mamut di bahagian serangan gara-gara kecederaan kaki dengan beliau dijangka pulang daripada rawatan di Croatia kira-kira tiga minggu lagi,” katanya ketika di­temui Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Bagaimanapun, Steinbruckner lega kerana bek kanan, Azam Azmi Murad yang tercedera sewaktu tugasan bersama Harimau Malaya pada Mac lalu sedia diturun­kan malam ini.

Dua tonggak pertahanan skuad Harimau Muda, Safwan Mazlan dan Ubaidullah Samsul Fazili juga bersedia untuk turun menentang Perak.

“Saya harap semua pemain yang cergas menunjukkan ­prestasi terbaik bagi membuktikan mereka layak berada dalam pasukan. Persembahan mereka diharap lebih tersusun berban­ding pramusim terakhir bertemu Kelantan Darul Naim (KDN) baru baru ini,” katanya.

Dalam masa sama, Steinbruckner mengakui, kemam­puan Perak yang dibimbing Yusri Che Lah tidak boleh dipandang ringan kerana mereka dilihat telah memperkemaskan barisan pemain musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI