fbpx

Jabatan Insolvensi belum terima RM30,000 hutang Datuk Red

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Red.

PETALING JAYA – Bayaran hutang RM30,000 daripada jumlah keseluruhan RM7 juta yang didakwa telah dibuat oleh bekas suami penyanyi Adira, Datuk Red masih belum diterima oleh Jabatan Insolvensi Negeri Selangor (MdI Selangor)

MdI Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan, setakat ini Jabatan Insolvensi Negeri itu masih belum menerima apa-apa bayaran daripada Datuk Red (Adenan bin Abu).

“Pembayaran sewajarnya dibayar kepada Jabatan Insovensi Negeri Selangor memandangkan kes Datuk Red ditadbir di sini (Selangor).

“Cara bayaran boleh dibuat terus sama ada dibayar secara atas talian atau draf bank,” kata kenyataan itu kepada Kosmo! hari ini.

Kenyataan itu mengulas mengenai dakwaan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 46, yang memaklumkan telah membayar RM30,000 Jumaat lalu kepada Jabatan Insovensi daripada hutang keseluruhan RM7 juta.

Menerusi laporan Kosmo! semalam, Datuk Red memberitahu segala proses pembayaran hutang itu ditentukan oleh pihak peguam termasuk kepada pihak yang perlu dibayar mengikut jumlah tertentu.

Difahamkan, wang bagi membayar hutang tersebut diperolehi daripada perniagaan kecil-kecilan Datuk Red antaranya kopi, sambal, baju dan minyak wangi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI