fbpx

Jadi kaya selepas jumpa ‘pelita jin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPASANG suami isteri memenangi pertandingan mencari harta karun anjuran Treasure Games baru-baru ini. – FACEBOOK

DALLAS, TEXAS –  Sepasang suami isteri menjadi jutawan segera selepas mereka menemui ‘pelita jin’ seperti yang dipaparkan dalam adegan filem popular, Aladdin, lapor akhbar Daily Star kelmarin. 

Ron Novak dan Michelle Bush diberi peluang memilih antara tiga hajat atau wang tunai berjumlah AS$1 juta (RM4.74 juta) selepas memenangi pertandingan mencari pelita berkenaan anjuran Treasure Games baru-baru ini. 

Mereka yang membayar wang pendaftaran, melakukan perjalanan ke Dallas di negeri Texas untuk mencari pelita tersebut.

Selepas diisytiharkan sebagai pemenang, Ron dan Michelle memilih tiga permintaan yang boleh ditunaikan dan bernilai sekitar AS$1 juta sebagai hadiah mereka.                  

Antara tiga permintaan tersebut termasuk Ron mendermakan sejumlah wang tunai kepada sebuah badan amal yang pernah membantunya ketika dia terpaksa hidup sebagai gelandangan pada suatu masa dahulu. 

“Bagi saya, ini adalah hadiah terbesar kerana dapat memberikan mereka wang. Badan amal berkenaan pernah membantu saya ketika dahulu,” kata Ron. 

Permintaan kedua pasangan tersebut adalah menjadi pemilik rumah tumpangan Motel Southwest, manakala hajat terakhir mereka membeli sebuah van serbaguna . – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI