fbpx

Cari pendekatan tingkat minat pelajar dalam STEM – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (tengah) melawat ke reruai ketika hadir bagi merasmikan Majlis Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS 2024) di Pusat Dagangan Dunia, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memikirkan pendekatan sesuai bagi meningkatkan minat mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana minat anak-anak dalam bidang sains dan matematik sudah mulai terhakis dan berkurang.

“Harus ada gesaan baharu dalam pengajaran supaya anak-anak kembali menaruh minat, perlu kita asaskan kerana tidak ekosistem kita tidak terbina.

“Kita boleh bicara tentang kecerdasan buatan (AI), tetapi persiapan dari akar umbi dan meningkat ke peringkat tinggi tidak ada,” katanya ketika berucap merasmikan Program Malaysia Kecerdasan Buatan (Al) Nexus 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua pihak terlibat harus memikirkan bagaimana pendekatan boleh diubah supaya mata pelajaran itu diminati dan tidak membosankan.

“Ini cabaran yang harus kita tangani, mungkin pendekatan pengajaran melalui AI yang baru, mempesonakan (atau) mengagumkan.

“Tetapi yang pentingnya matlamat harus kembali memberi penakanan supaya sebahagian besar anak-anak kita menguasai matematik dan sains asas,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga berkata, Malaysia harus terdesak untuk melakukan sesuatu yang pantas supaya tidak ketinggalan dalam arus perubahan yang pesat.

Perkara itu kata beliau, mengambil kira perkembangan kepesatan perubahan dalam dunia masa kini.

“Kita tidak boleh berubah menggunakan kerangka lama sama ada kepimpinan politik, perkhidmatan awam atau di universiti, negara juga perlu menumpukan kepada pembinaan ekosistem AI yang memerlukan kerjasama semua kementerian.

“Ekosistem bermakna persiapan kita dari peringkat sekolah rendah, menengah ke Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke institut pengajian tinggi, sektor swasta penjawat awam dan governance AI, itu semua harus mempersiapkan diri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI