fbpx

Penjawat awam Johor bakal naik gaji akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (dua kiri) menyantuni kakitangan Persatuan Nelayan Negeri Johor selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-39 persatuan itu di Hotel New York, Johor Bahru, malam semalam.

JOHOR BAHRU – Penjawat awam kerajaan negeri ini bakal menikmati kenaikan gaji menjelang akhir tahun ini seperti yang dicadangkan melibatkan penjawat awam kerajaan persekutuan, baru-baru ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagaimanapun berkata, peratusan kenaikan itu masih belum ditentukan dan perlu melihat kepada kedudukan kewangan kerajaan Johor.

“Daripada segi penjawat awam negeri Johor, Insha-Allah kita juga akan selari dengan apa yang diumumkan Perdana Menteri (berhubung kenaikan gaji). Tetapi kita perlu kaji untuk memastikan kedudukan kewangan kita mencukupi, berapa kadar kenaikan dan bila hendak dilaksana.

“Kita akan buat keputusan dalam masa terdekat, InsyaAllah akhir tahun ini tetapi berapa peratusan kenaikan belum diputuskan dan sedang dikaji,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-39 Persatuan Nelayan Negeri Johor, di sini malam semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip.

Difahamkan, kerajaan negeri Johor memiliki seramai lebih 17,000 penjawat awam dalam pelbagai gred. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI