fbpx

Wajar pertimbangkan penangguhan Piala Sumbangsih – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika hadir pada majlis Muhibbah Aidilfitri Kumpulan MBI, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Permohonan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi penangguhan Piala Sumbangsih yang dijadualkan Jumaat ini adalah wajar dipertimbangkan sebaik mungkin oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini kerana asas permainan bola sepak itu adalah semangat permainan bersih (fair play) antara dua pasukan bertanding.

Katanya, kejadian menimpa pemain Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim adalah sesuatu yang mengemparkan sehingga menyebabkan pemain tersebut menerima rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi dan terpaksa mengalami beberapa siri operasi atau pembedahan agak kritikal.

“Saya percaya kejadian itu memberikan kesan trauma kepada pemain dan bagaimana pemain ingin merasakan keadaan yang selamat, jika keadaan ini berlaku.

“Saya yakin permohonan (tangguh Piala Sumbangsih) itu ada asasnya dan wajar dipertimbangkan sebaik mungkin. Kerana asas permainan bola sepak ini adalah Fair Play.

“Jadi, fair play ini ada wujud di dalam dan luar padang dengan ancaman dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Muhibbah Aidilfitri Kumpulan Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI), hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Selangor FC sudah mengemukakan permohonan rasmi kepada MFL supaya menunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih.

Mengulas lanjut, Amirudin menjelaskan, sekiranya dilihat di Eropah didapati suara rasisme dianggap menganggu kepada kebolehan dan kemampuan atau meneruskan permainan serta sebagainya.

“Namun, ini bukan rasisme sebaliknya sampai mencederakan malahan boleh melibatkan nyawa dan sebagainya serta perlu dilihat dengan serius,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI