fbpx

Faisal Halim mula ‘gian’ sepak bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal

SHAH ALAM – Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim mula ‘gian’ untuk turun ke gelanggang apabila menyatakan hasrat mahu bersama-sama pasukan pada aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Majlis Petaling Jaya, malam ini.

Memandangkan Faisal masih lagi jalani rawatan, permintaannya itu sesuatu yang tidak logik dan keutamaan harus diberikan proses pemulihannya terlebih dulu.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata Faisal seakan mula bosan hingga meluahkan keinginannya kembali beraksi atas padang.

“Hampir setiap kali pertemuan Faisal akan menyatakan keinginan mahu kembali ke padang menjalani latihan atau menyepak bola. Dia tahu malam ini Selangor akan menentang KDA FC.

“Itu pun dia luahkan hasrat mahu beraksi bersama pasukan. Saya terpaksa menenangkannya dan memberitahu bahawa dia perlu kembali sihat jika mahu bermain bola seperti biasa,” katanya.

Proses pemulihan Faisal kini berjalan lancar dan kini sudah dipindahkan ke wad biasa malah dijangka akan harungi pembedahan keempat Isnin atau Selasa ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI