fbpx

Fotofit suspek simbah asid Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fotofit suspek kes simbah asid Faisal Halim.

KUALA LUMPUR – Suspek yang menyimbah asid terhadap penyerang Selangor FC, Faisal Halim disyaki berusia lingkungan 30-an serta berketinggian 165 sentimeter.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek juga mempunyai kulit sawo matang selain bersaiz badan sederhana.

Tegas beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit tersebut, diminta melaporkan kepada pihak polis.

“Laporan boleh dibuat terus kepada pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Inspektor Jagachandran Murugesen di talian 012-684 8166 atau 03-2266 6071.

“Atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengesan suspek dan membuat siasatan lanjut berkaitan kes simbah asid melibatkan mangsa, Muhammad Faisal Abdul Halim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, PDRM memaklumkan lakaran wajah atau fotofit suspek kes simbah asid membabitkan tonggak bola sepak Selangor FC, Faisal Halim dalam proses disiapkan.

Lakaran fotofit itu akan dibuat berdasarkan bantuan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Setakat ini, lebih 12 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

5 Mei lalu, penyerang kebangsaan, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira pukul 5 petang.

Susulan itu, polis telah menahan suspek pertama di sekitar Ampang, Selangor bagi membantu siasatan berkenaan kes tersebut.

Bagaimanapun, hasil soal siasat mendapati lelaki berusia 20-an itu tidak terlibat dengan kes yang disiasat dan dibebaskan dengan jaminan polis.

6 Mei lalu, suspek kedua insiden simbah asid terhadap Faisal telah ditahan dan semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai tujuh rekod lampau.

Suspek berusia 30-an itu ditahan lewat petang di sekitar Bandar Baru Bangi dan direman lima hari sehingga hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI