fbpx

Selangor FC sedia tanggung kerugian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selangor FC.

SHAH ALAM – Selangor FC bersedia untuk ‘pecah tabung’ sekiranya perlu menanggung kerugian pihak berkaitan ekoran keputusaan pasukan itu tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu.

Red Giants sebelum ini sudah menyatakan kesediaan untuk menerima apa saja tindakan dan kini sudah bersedia untuk duduk berbincang dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan pihak berkepentingan lain.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata isu keselamatan tetap menjadi keutamaan walaupun sedar ada pihak terpaksa menanggung kerugian.

“Jika ada pihak tertentu mahu menuntut kerugian daripada Selangor FC disebabkan pembatalan Piala Sumbangsih, kita bersedia untuk membayarnya. Keputusan (tidak hadir ke Piala Sumbangsih) sudah pun dibuat sebelum ini.

“Apa saja bentuk hukuman daripada MFL termasuklah perlu menanggung kerugian kita sedia menerimanya,” katanya.

Sebelum ini, Selangor FC sudah menghantar surat rasmi kepada MFL memohon penangguhan perlawanan sumbangsih namun pentadbir Liga Malaysia (Liga M) ambil keputusan menolak dan bertegas sudah mendapat jaminan pihak berkuasa mengenai aspek keselamatan.

Penolakan itu menyaksikan Red Giants ambil keputusan tidak hadir ke Stadium Sultan Ibrahim sekaligus beri kemenangan 3-0 kepada Harimau Selatan untuk menjulang Piala Sumbangsih buat kali ketujuh berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI