fbpx

Piala Sumbangsih: Aksi JDT lawan Selangor FC diteruskan, keselamatan dijamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini akan dilangsungkan mengikut ketetapan.

SHAH ALAM – Perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, di sini pada Jumaat ini akan dilangsungkan mengikut ketetapan sebelum ini.

Keputusan menolak permohonan Selangor FC itu dibuat selepas mendapat ia jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa.

Berdasarkan makluman MFL, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar memaklumkan seramai 1,500 anggota polis dikerah untuk bertugas termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding 500 anggota sebelum ini.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataannya hari ini turut menyatakan persediaan keselamatan akan dipertingkatkan.

“Justeru dengan persiapan keselamatan yang dilakukan oleh pihak polis, MFL membuat keputusan bahawa semua perlawanan Liga Malaysia yang akan berlangsung minggu ini mengikut jadual termasuk perlawanan Sumbangsih,” kata MGL dalam satu kenyataan hari ini.

Pengurusan Selangor FC, semalam mengesahkan pihaknya sudah menghantar surat permohonan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL bagi menunda perlawanan Sumbangsih.

MFL mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan ke atas mana-mana pemain dan berharap kes ini dapat disiasat secara terperinci oleh pihak berkuasa.

“MFL tidak pernah berkompromi dalam memastikan keselamatan pemain serta penyokong yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia menerusi kerjasama pasukan dan pihak berkuasa tempatan.

“Justeru pihak MFL telah mengadakan mesyuarat bersama semua ketua pegawai keselamatan kelab Liga Malaysia, hari ini bagi memastikan koordinasi keselamatan bagi setiap perlawanan Liga Malaysia musim ini dipertingkatkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI