fbpx

Lelaki dikhuatiri lemas jatuh Jambatan Sultan Yahya Petra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli menunjukkan lokasi mangsa terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROHANA ISMAIL/KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi apabila mangsa meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 Dream dengan sekotak rokok di dalam raga dan sepasang selipar sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Saksi kejadian, Asmadi Deraman, 50, berkata, dia sempat melihat mangsa terkapai-kapai di dalam sungai tersebut selepas terjatuh dari jambatan.

Katanya, ketika itu, sudah ada orang awam berhenti dan sempat menegur lelaki itu sebelum mangsa terjatuh ke dalam sungai.

“Berdasarkan cerita saksi pertama, mangsa memaklumkan bahawa dia mahu melihat pukat di dalam Sungai Kelantan. Tiba-tiba, dia terjatuh ke dalam sungai.

“Saya tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian dan sempat melihat mangsa dalam keadaan terkapai-kapai di dalam sungai sebelum hilang dibawa arus,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Menurut seorang lagi saksi, Omar Mohd. Hanafi, 31, berkata, dia melihat lelaki itu datang ke Jambatan Sultan Yahya Petra dengan menunggang sebuah motosikal malam tadi.

Menurutnya, dia perasan lelaki itu ketika sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Pasir Pekan, Tumpat menghala ke Kota Bharu kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Saya melihat seorang lelaki termenung di atas motosikalnya di atas jambatan dan menghadap sungai. Pagi tadi saya dikejutkan dengan berita seorang lelaki jatuh ke dalam sungai. Mungkin mangsa merupakan lelaki sama kerana saya perasan nombor pendaftarannya pecah dan ia sama dengan apa yang saya lihat semalam,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Ramli Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.10 pagi sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

Menurutnya, tindakan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya dijalankan oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI