fbpx

Insiden tukul kereta Safiq Rahim tiada kaitan Akhyar, Faisal – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik Safiq Rahim di akaun Instagramnya malam tadi memaparkan keadaan cermin belakang kereta Honda City yang pecah dalam kejadian malam tadi.

JOHOR BAHRU – Polis Johor percaya serangan ke atas pemain Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim tiada kaitan dengan dua lagi insiden serangan melibatkan pemain bola sepak tanah air sebelum ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya akan melakukan siasatan menyeluruh sebelum membuat sebarang kenyataan lanjut.

Sehubungan itu, pihaknya berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden yang berlaku.

“Apa yang saya hendak tegaskan adalah insiden ini tidak ada kena mengena dengan insiden lain. Ini insiden berasingan yang berlaku di Johor, jadi biarlah polis buat siasatan.

“Kita akan menyiasat CCTV kawasan sekitar bagi membantu siasatan. Saya menasihati orang ramai supaya jangan membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini.

“Mangsa juga memaklumkan dia tidak menerima sebarang ugutan sebelum atau selepas kejadian serangan itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan polis dibuat Safiq yang memaklumkan dia diserang dua individu tidak dikenali ketika pulang daripada menjalani latihan di kawasan pusat latihan JDT.

Cermin belakang kereta jenis Honda City itu dipecahkan menggunakan tukul besioleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal pada pukul 10.05 malam.

Sementara itu, Kumar memberitahu pihaknya akan meningkatkan tahap keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim sempena perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor pada Jumaat ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI