fbpx

Tukang masak didakwa belasah jaga hingga parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka, hari ini. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memukul seorang pengawal keselamatan yang juga warga emas sehingga cedera parah, minggu lalu.

Tertuduh, S. Herman Rivae, 21, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah terhadap S. Vethanayagam Joseph, 68.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 8 pagi di kawasan letak kenderaan Pangsapuri Laksamana Cheng Ho 2, Lorong Laksamana Cheng Ho 2, dalam daerah Melaka Tengah pada 29 April 2024.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa menegur tertuduh yang menggunakan laluan salah sebaik memasuki kawasan pangsapuri berkenaan menggunakan kenderaannya sehingga berlaku pergaduhan.

Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar mencadangkan jaminan RM10,000 beserta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa susulan kedua-dua mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama.

Peguam Muhammad Izzuddin Ab. Malek yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai tukang masak dengan pendapatan RM1,300 sebulan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan tarikh 7 Jun depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI