fbpx

Polis kesan pemilik media sosial cetus kebencian ke atas pemain kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution ketika berucap di Seminar On Cybercrime and Substance Abuse Consciousness' anjuran Kementerian Dalam Negeri di MITEC, hari ini. - Foto AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pihak polis telah mengesan beberapa akaun media sosial yang membuat hantaran berunsur serangan peribadi ke atas pemain bola sepak kebangsaan, sejak kebelakangan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia tidak boleh dipandang remeh berikutan boleh membangkitkan kebencian umum secara berlebihan.

“Kita ada terima laporan kewujudan beberapa laman sosial seperti Facebook dan sebagainya mensasarkan individu pemain bola sepak kebangsaan ini. Menghina, memperlekeh, malah ada yang semua gerak geri pemain diulas.

“Cara dia (pemain) merayakan jaringan, bersosial, berkawan dengan siapa dan setiap inci pergerakan itu diberi ulasan yang kesimpulan akhir ‘posting’ pemiliknya adalah untuk membibitkan kebencian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Seminar On Cybercrime and Substance Abuse Consciousness’ anjuran Kementerian Dalam Negeri di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, dua pemain kebangsaan, Faisal Halim dan Akhyar Rashid telah diserang penjenayah, baru-baru ini.

Faisal keadaannya lebih serius selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di pusat beli-belah di Damansara, manakala Akhyar diserang menggunakan cota selepas pulang daripada sesi latihan bersama Terengganu FC di Kuala Terengganu, minggu lalu.

Dalam pada itu, beliau menggesa supaya serangan peribadi di media sosial dihentikan selain memberi jaminan keselamatan serta komitmen untuk memberkas suspek terlibat.

“Dunia bola sepak kita masih kecil. Keutamaan sepatutnya untuk meningkatkan prestasi, wujudkan keadaan kondusif, naikkan ‘ranking’ kita kerana ia sukan yang sangat popular.

“Saya ulangi jaminan bahawa keadaan, keselamatan dan keamanan pemain seluruhnya adalah terjamin. Mereka (pemain) boleh tumpukan kepada karier menjelang liga yang akan bermula.

“Seperti kes Faisal, penyerang telah dikenal pasti. Jadi, beri kepercayaan kepada pihak polis jalankan tugas dan orang awam tidak perlu buat sebaramg spekulasi kerana ia langsung tidak membantu,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI