fbpx

Bapa rogol anak kandung hingga lahir anak akan didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan merogol anak kandungnya sendiri.- Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Seorang bapa yang tergamak merogol anak kandung sendiri sejak berusia 12 tahun dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban di sini esok atas pertuduhan melakukan sumbang mahram.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk kepada Pendakwa Raya Negeri Sembilan hari ini dan telah mendapat arahan pertuduhan ke atas suspek lelaki tempatan berusia 44 tahun di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

“Manakala suspek kedua iaitu isteri kepada suspek pertama berusia 45 tahun dijadikan sebagai saksi pendakwaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain itu, kedua-dua tertuduh akan dituduh di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Sesyen Seremban manakala pertuduhan di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbaya 1952 dituduh di Mahkamah Majistret Port Dickson.

Aidi Sham berkata, bagi pertuduhan positif air kencing dadah jenis Methamphetanine akan dituduh selepas mendapat laporan daripada pihak Patologi Hospital Kuala Lumpur.

Pada 5 Mei lalu, media melaporkan seorang wanita berusia 20 tahun yang dirogol bapa kandung sejak berusia 12 tahun hingga melahirkan dua orang anak terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis pada 1 Mei lalu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI