fbpx

Tiga lemas, tiga hilang dihanyutkan kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lemas manakala tiga lagi masih hilang ekoran kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau, Tungku, Lahad Datu malam tadi. -Foto JBPM

LAHAD DATU – Tiga lemas, manakala tiga lagi masih hilang dihanyutkan kepala air di Lembah Maksina, Makuau, Tungku malam tadi.

Semua mangsa berumur antara 25 hingga 58 tahun itu dipercayai masuk ke kawasan berkenaan untuk melakukan aktiviti ‘hiking’.

Bagaimanapun, dalam kejadian sekitar pukul 8 malam itu, semua 17 mangsa dihanyutkan kepala air.

Akibat kejadian itu, enam dilaporkan hilang, dua cedera dan sembilan lagi terperangkap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian berkenaan pada pukul 8.28 malam.

“Dua mangsa yang berjaya keluar sendiri dari kawasan kejadian telah membuat panggilan kecemasan.

“Pasukan operasi berjaya tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.36 malam dan operasi mengeluarkan sembilan mangsa terperangkap terus dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, tiga jasad sudah ditemukan tertimbus di bawah kayu balak pada pukul 1.37 pagi dan operasi mengeluarkan mayat mangsa sedang dijalankan pasukan operasi.

“Bagaimanapun, semua identiti mangsa yang terkorban masih belum dapat dikenal pasti.

“Selain itu, usaha mencari tiga lagi mangsa yang dilaporkan masih hilang sedang giat dijalankan,” katanya.

Mengulas lanjut, Sumsoa memaklumkan sembilan mangsa membabitkan enam lelaki dan tiga wanita kini sudah dibawa keluar kira-kira pukul 12 tengah malam tadi

“Dua mangsa yang cedera terus diberikan rawatan oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditangguhkan pukul 1.40 pagi tadi berikutan cuaca kurang baik dan keadaan gelap sebelum operasi mencari menyelamat disambung semula pada pukul 6 pagi hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI