fbpx

Faisal Halim lecur di leher, bahu, lengan dan dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INSIDEN simbahan asid terhadap Faisal pastinya beri kesan kepada persiapan Selangor FC yang bakal bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jumaat ini.

SHAH ALAM- Tonggak pasukan Harimau Malaya, Faisal Halim mengalami lecur di bahagian leher, bahu, lengan dan dada susulan simbahan asid dilakukan oleh individu tidak dikenali di sebuah kompleks beli-belah di Damansara, petang tadi.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi berkata, beliau telah menghubungi pengurusan pasukan Selangor FC bagi mendapatkan perkembangan terkini pemain itu, sebaik sahaja menerima berita kejadian itu.

“Pihak pengurusan Selangor FC memaklumkan bahawa Faisal kini dirawat di sebuah hospital.

“Keadaan beliau kini stabil namun mengalami kelecuran tahap dua di beberapa bahagian badannya,” katanya pada hari ini.

Dalam pada itu, Najwan mengecam pelaku yang melakukan tindakan menyimbah asid ke atas pemain serangan Selangor FC dan berharap individu terbabit dibawa ke muka pengadilan.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.

“Didoakan agar Faisal diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi musibah dan dikurniakan kesembuhan segera,” katanya.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan Faisal disimbah asid selepas bermain go-kart di sebuah kompleks membeli-belah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 5.51 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI