fbpx

Pusat karaoke disebalik kedai tanpa papan tanda perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di Jalan Puchong Mesra, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Dua buah pusat hiburan disyaki menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) warga asing berselindung disebalik kedai tanpa papan tanda terbongkar dalam serbuan di Jalan Puchong Mesra, di sini, awal pagi tadi.

Ketika serbuan dilakukan, Jabatan Imigresen (JIM) terpaksa memecahkan dua buah pintu kebal sebelum menaiki premis pusat karaoke tersebut yang dipercayai mengoperasi kegiatan tidak bermoral.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, seramai 156 individu diperiksa menerusi Op Gegar, Op Selera dan Op Kutip di lima premis sekitar kawasan itu.

Katanya, seramai 90 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.

“Empat warga tempatan turut ditahan disyaki menggajikan dan melindungi Pati, manakala yang lain merupakan warga China (tujuh), Vietnam (44), Thailand (dua), Myanmar (seorang) dan Bangladesh (11).

“Seterusnya, warga Sierra Leon (tujuh), Liberia (satu), Nigeria (tujuh), Ghana (tiga), dan Amerika Syarikat (tiga). Kesemua mereka berusia antara tujuh hingga 69 tahun,” katanya pada sidang akhbar di lokasi serbuan.

Turut hadir Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.

Menurut beliau, operasi bermula pukul 11.30 malam sehingga pukul 3 pagi itu dibuat susulan aduan awam dan risikan selama satu bulan.

Jelasnya, proses verifikasi akan dijalankan terhadap kesemua tahanan termasuk wanita warga asing yang mendakwa kehadirannya ke pusat hiburan sekadar untuk minum dan bertemu dengan rakan.

“Sekiranya pemeriksaan mendapati tiada kesalahan mereka akan dibebaskan. Misalnya warga asing ini hanya pegang salinan pasport kerana pasport asal dipegang majikan.

“Namun apabila diayaki melanggar peraturan Imigresen, Pati ini akan ditempatkan di Depoh tahanan JIM Bukit Jalil untuk tujuan lanjut,” katanya.

Tegas beliau, pihak Imigresen tidak akan berkompromi dengan pihak melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen termasuk warga tempatan yang bersekongkol melindungi dan menggajikan Pati.

Tambah Jafri, kesemua mereka disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI