fbpx

Pusat dialisis RM2.6 juta bakal dibina di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven (tengah) menyerahkan kerusi roda kepada pencarum ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kesuma Madani Perkeso, Kepala Batas, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal mewujudkan sebuah pusat dialisis di Pulau Pinang yang menelan belanja RM2.6 juta menjelang hujung tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pusat dialisis itu akan ditadbir sepenuhnya oleh Perkeso dan menawarkan perkhidmatan perubatan percuma kepada pencarum yang menghidap penyakit buah pinggang.

Menurutnya, pusat dialisis itu boleh menampung seramai 144 orang pesakit pada setiap hari.

“Setakat ini, kita mempunyai 63 panel pusat dialisis di negeri ini, termasuk lima di Kepala Batas. Justeru, kita akan buka sebuah lagi pusat dialisis bagi dimanfaatkan oleh pencarum yang menghidap penyakit buah pinggang.

“Kita yakin Perkeso dapat beri perkhidmatan terbaik menerusi kemudahan yang selesa sepanjang pencarum dapatkan rawatan di pusat berkenaan,” katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Kesuma Madani Perkeso 2024 di Vision Park, di sini hari ini.

Dalam majlis sama, pihak Perkeso turut menyampaikan bayaran faedah kepada 15 pencarum yang ditimpa musibah membabitkan nilai berjumlah RM211,236.41 beserta peralatan pemulihan dan sumbangan duit raya kepada 100 anak yatim dan 40 ibu tunggal. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI