fbpx

Pesawat ‘tertonggeng’ selepas mendarat cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pesawat 'tertonggeng' di tepi Pantai Cedar, New York, Rabu lalu. - Foto @victoria.calcano/Local News X /TMX

NEW YORK – Sebuah pesawat ringan mendarat cemas dalam keadaan pelik apabila muncungnya terbenam di dalam pasir,  manakala ekor pesawat pula terjungkit, lapor saluran  berita Fox News semalam.

Rakaman video kejadian menunjukkan pesawat jenis Cessna 152 itu mendarat  kira-kira pukul 7.30 malam (waktu tempatan) di Pantai Cedar, New York, Rabu lalu.

Bagaimanapun, seorang juruterbang berusia 60 tahun dan penumpangnya  yang berumur 59 tahun keluar dari pesawat tanpa sebarang kecederaan, lapor saluran berita ABC 7.

Ketika kejadian, sepasang suami isteri yang sedang berjalan di tepi pantai melihat pesawat itu dengan penuh rasa hairan apabila ia melintasi mereka.

Juruterbang melaporkan bahawa enjin kapal terbang tersebut tidak berfungsi dengan lancar, menyebabkan dia terpaksa melakukan pendaratan cemas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI