fbpx

Lelaki nyaris maut motosikal elektrik tiba-tiba terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOSIKAL elektrik milik Wichuthat terbakar di Phuket semalam. - Foto Eakkapop Thongtu

BANGKOK –  Seorang lelaki  nyaris maut apabila motosikal elektrik yang dia tunggang terbakar di Phuket, petang semalam, lapor portal berita Thaiger.

Bagaimanapun, Wichuthat Chotchuang, 28,  tidak mengalami kecederaan dalam kejadian pukul 5.20 petang (waktu tempatan) itu.

Kejadian berlaku ketika Wichuthat dalam perjalanan menuju ke utara apabila dia melihat asap keluar daripada motosikalnya.

Bertindak pantas, dia  berhenti dan turun daripada  motosikalnya serta beredar untuk menyelamatkan diri.

Walaupun orang ramai berusaha memadamkan api,  percubaan mereka  sia-sia.

Jentera  bomba dari Perbandaran Srisoonthorn telah dipanggil ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran, lapor akhbar The Phuket News.

Wichuthat berkata, motosikalnya yang baru berusia setahun berfungsi seperti biasa sehingga menunjukkan tanda-tanda terlalu panas. 

Tidak lama selepas itu, asap mula keluar dari sekeliling motosikalnya, mendorongnya untuk memeriksa sebelum segera beredar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI