fbpx

Dua mangsa pesawat ringan terhempas dibawa keluar dari kawasan nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
keadaan pesawat ringan yang terhempas di Perak hari ini.

TANJUNG MALIM – Dua mangsa yang cedera dalam kejadian pesawat ringan terhempas di ladang getah dekat Felda Gunung Besout 2 Tambahan di sini hari ini, telah pun dibawa keluar dari kawasan nahas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, kedua-dua mangsa dibawa keluar ke jalan besar menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Katanya, dua mangsa merupakan jurulatih penerbangan iaitu Kapten Shahrul Imran berusia lingkungan 30-an dan pelatih wanita, Le Ho Jia berusia 20-an.

“Kedua-dua mangsa masing-masing patah paha kiri dan cedera di muka. Mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 9.46 pagi dengan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan nakluman awal, sebuah pesawat ringan jenis CESNA 172 (9M ADA) dari Layang Layang Flying Academy telah jatuh berdekatan ladang kelapa sawit.

“Kedua-dua mangsa berjaya dijumpai dan mengalami kecederaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI