fbpx

Ahmad Zahid ingatkan Sanusi malam ini jangan ‘melalut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO bersama UMNO Bahagian Padang Terap di Kolej Mara Kuala Nerang, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pimpinan kerajaan negeri agar menjaga percakapan dan mengikut cara sebenar dalam ‘berkawan’ dengan Kerajaan Persekutuan.

Menurut Presiden UMNO itu, beliau juga telah mengingatkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor supaya tidak melalut dalam ucapannya sempena Majlis Rumah Terbuka Madani, di Jitra, malam ini.

“Minggu lepas saya jumpa Muhammad Sanusi dalam satu mesyuarat dan saya beritahu padanya, ‘Hang jangan melalut macam-macam.’ Saya akan tengok malam ini.

“Petang nanti mereka akan minta peruntukan pembangunan negeri dan kalau nak berkawan, ikutlah cara berkawan. Minta (peruntukan) tetapi kutuk orang.

“Sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini terlalu baik hati. Saya akan beritahu Perdana Menteri kalau orang itu ‘loklak’ dan kurang ajar, jangan bagi apa-apa,” katanya ketika berucap pada Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO bersama UMNO Bahagian Padang Terap, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI