fbpx

Vinicius selamatkan peluang Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINICIUS muncul wira Real apabila meledak dua gol ketika seri 2-2 dengan Bayern di Allianz Arena awal pagi semalam. – AFP

MUNICH – Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti percaya anak-anak buahnya boleh mendabik dada apabila berjaya mengelak daripada kekalahan selepas seri 2-2 bertemu Bayern Munich dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Allianz Arena itu, The Galacticos terpaksa akur apabila tuan rumah dilihat lebih unggul menguasai bola, tetapi masih mampu memanfaat peluang terhidang untuk mengelak daripada kekalahan.

Pemain kelahiran Brazil, Vini­cius Jr. muncul wira pasukan apabila meledak dua gol pen­ting, manakala Bayern meraih jaringan hasil penyudah Leroy Sane dan Harry Kane.
Kata Ancelotti, keputusan seri memberikan makna yang besar buat pasukan meskipun gagal mempamerkan prestasi dengan beraksi di bawah tahap sebenar.

“Daripada aspek keputusan, saya tidak kecewa kerana kita berjaya mengikat Ba­yern di tempat lawan. Cuma, harus diakui sepatutnya daripada aspek taktikal mungkin kita boleh beraksi dengan lebih baik dan menguasai bola.

“Jika dilihat, Bayern kini berada pada puncak prestasi de­ngan melakukan beberapa siri percubaan yang membahayakan ke arah pertahanan kami.

“Namun, pujian wajar diberikan kepada semua pemain yang telah bekerja keras sepanjang perlawanan untuk mengelakkan pasukan daripada tewas.

“Kini, saya mahu fokus diberikan kepada perlawanan kedua di laman sendiri kerana kita masih ada 90 minit lagi untuk berjuang dalam usaha layak ke Wembley (venue final) nanti,” katanya.

Sementara itu, Vinicius berharap barisan pemain menjadikan keputusan itu sebagai pengajaran berguna supaya mengelak daripada mengula­ngi kesilapan sama dalam aksi separuh akhir kedua di Santiago Bernabeu pada 9 Mei ini.

“Saya harap kita boleh lupakan aksi yang ditampilkan ke­rana kita tidak beraksi dengan baik walaupun berjaya meraih keputusan seri.

“Barisan pemain kehilangan banyak bola mudah sehingga dihukum jentera serangan lawan dan situasi itu tidak boleh berulang terutama dalam kejohanan berskala besar seperti UCL,” ­katanya.

Real kini memburu trofi UCL ke-15 dalam sejarah dan yang pertama sejak bergelar juara pada edisi 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI