fbpx

Enjin carian Google lumpuh seketika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan enjin carian Google di sebuah komputer di Washington. - Foto AFP

WASHINGTON – Enjin carian Google tidak dapat diakses di seluruh dunia dan menjejaskan beribu-ribu pengguna, lapor portal berita MailOnline semalam.

Platform DownDetector yang memberikan maklumat tentang status laman web menyatakan, masalah berlaku sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan)  di timur Amerika Syarikat (AS).

Masalah pada enjin carian itu  turut mengganggu laman web lain dan platform Google Drive.

Pengguna di AS, United Kingdom (UK), Australia, sebahagian kawasan di Eropah, Amerika Selatan dan Asia telah melaporkan gangguan tersebut.

Bilangan pengguna yang terjejas dan punca gangguan masih tidak jelas.

Kira-kira 64 peratus aduan yang diterima DownDetector memetik masalah tidak dapat  mengakses enjin carian Google sebagai isu utama, 30 peratus gagal mengakses  laman web lain dan tujuh peratus berdepan masalah dengan  Google Drive.

Pengguna-pengguna turut berkongsi kekecewaan di platfom X dengan sebahagian mereka berkata, Google Maps tidak dapat diakses.

Seorang pengguna Google berkongsi tangkap layar di media sosial yang tertera: “502. Ia satu ralat. Pelayan mengalami ralat buat sementara dan tidak dapat menyelesaikan permintaan anda. Sila cuba lagi dalam masa 30 saat.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI