fbpx

Sarawak naikkan gaji penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 Daerah Simunjan di Dewan Mesra Simunjan, hari ini.

 

SIMUNJAN  – Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan Sarawak akan turut melaksanakan kenaikan gaji kepada penjawat awamnya.

Jelas Premier Sarawak itu, kajian sedang dijalankan bagi tujuan itu, dengan pakej kenaikan gaji itu dijangka diumumkan menjelang Jun nanti.

“Insya-Allah kita mampu menanggung kenaikan gaji yang akan kita umumkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 Daerah Simunjan di Dewan Mesra Simunjan, hari ini.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata pakej kenaikan gaji itu akan lebih baik berbanding yang ditawarkan Kerajaan Persekutuan.

“Kita akan kaji butirannya, mungkin boleh menambah baik sedikit apa yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Perkara ini akan diumumkan selepas membuat kajian dalam tempoh satu bulan setengah,” katanya.

Sementara itu, sempena Sambutan Hari Pekerja hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus, kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara mulai 1 Disember depan.

Menurutnya, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan jumlahnya akan lebih tinggi daripada itu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI