fbpx

Setiap RM1 pungutan cukai, 16 sen bayar faedah hutang – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Garmbar hiasan
PETALING JAYA – Kerajaan perlu membayar setiap RM1 pungutan cukai pada tahun ini, dengan 16 sen daripadanya hanya untuk membayar faedah hutang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut belum lagi berbicara soal pokok atau
prinsipal hutang.
“Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Paras hutang kini mencecah RM1.2 trilion atau 64.3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Jika termasuk liabiliti lain, ia mencecah RM1.5 trilion atau lebih 80 peratus KDNK. Timbunan hutang hanya membazir wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang,” katanya berucap pada Perutusan Negara disiarkan secara langsung malam ini.
Bebanan hutang tersebut satu daripada tiga masalah struktural yang perlu ditangani dalam menambah baik pengurusan wang awam.
Anwar berkata, masalah fiskal yang lain ialah asas hasil yang kecil iaitu setakat 2023, nisbah hasil cukai kepada KDNK adalah pada paras 12.6 peratus, jauh lebih rendah ketimbang purata negara Asia Pasifik sebanyak 19 peratus dan negara berpendapatan tinggi yang umumnya menjangkau 30 peratus.
“Selain itu, perbelanjaan yang tidak berhemat. Subsidi pukal perlu dihentikan. Subsidi kita antara tertinggi berbanding di dunia. Untuk apa?
“Sedangkan subsidi pukal lebih menguntungkan golongan kaya kerana penggunaan atau perbelanjaan mereka
bagi suatu barang dan perkhidmatan lebih besar. 3.5 juta warga asing juga mendapat faedah daripada subsidi pukal,” katanya.
Sehubungan itu, Anwar berkata, dalam menambah baik pengurusan fiskal negara, perkara awal yang dilaksanakan bagi membuktikan komitmen kerajaan terhadap reformasi fiskal adalah penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA).
“Sasaran FRA adalah untuk menurunkan paras hutang untuk tidak melebihi 60 peratus KDNK dan defisit fiskal tiga peratus dalam jangka masa sederhana.
“Kerajaan juga mula memperluas asas hasil melalui reformasi percukaian. Cukai diperkenalkan tidak membebankan dan bersifat progresif, yakni dikenakan mengikut pendapatan supaya rakyat susah tidak dikenakan cukai yang sama dengan golongan kaya.
“Cukai Barang Bernilai Rendah, Cukai Keuntungan Modal Bagi Saham Tidak Tersenarai dan penambahbaikan kepada Cukai Perkhidmatan telah diperkenalkan. Kita mengunjurkan peningkatan hasil cukai negara sebanyak RM4.5 bilion,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI