fbpx

Kasih sayang, hormat-menghormati sesama insan lebih kuat dari toleransi – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR menerima cenderamata dari masyarakat Bidayuh ketika melawat gerai pameran sempena Majlis Perasmian Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan di Angsana Mall Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak menggunakan toleransi dalam memupuk perpaduan.

Sebaliknya, Anwar meminta KPN supaya perkataan toleransi ditukar kepada semangat perpaduan ke arah kasih sayang saling hormat-menghormati sesama insan.

Tegasnya, sikap itu lebih kuat dari toleransi dalam membangkitkan semangat perpaduan antara kaum dalam negara ini.

“Sebab itu, peringkat kementerian mesti menerobos sehingga ke pringkat akar umbi supaya rakyat kita dari peringkat sekolah rendah.

“Kita ada sekolah pelbagai aliran, ada sekolah kebangsaan, aliran Cina, Tamil, kena tanam (kasih sayang saling hormat-menghormati sesama insan).

“Peranan kita adalah untuk memberi ruang kepada mereka kenal dan hormat-menghormati, sebab itu adalah gesaan unjuran dalam al-Quran, menyebut perbedaan itu untuk apa untuk kenal danarif maknanya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan di Angsana Mall di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, fahaman perkauman dan agama yang sempit selain semangat wilayah atau kenegerian keterlaluan hanya akan membawa perpecahan dan menanam kebencian.

Tegasnya, semua masyarakat perlu menyelamatkan negara ini daripada terjerumus ke lembah kemusnahan yang boleh menghancurkan negara.

“Fahaman perkauman dan agama yang sempit, bukan membawa Rahmah dan merapatkan bani Adam atau mengangkat martabat keinsanan tetapi hanya memecah belah dan menanam kebencian.

“Begitu juga (semangat) wilayah, kawasan atau fahaman kenegerian keterlaluan, sehingga menyebabkan kita kata negeri aku paling hebat, benci negeri lain,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI