fbpx

CEO kelahiran Pulau Pinang terima gaji paling tinggi di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hock Eng.

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang merupakan rakyat Malaysia, Tan Hock Eng, dilaporkan menerima gaji paling tinggi di Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengatasi firma gergasi lain pada tahun lalu.

Menurut The Wall Street Journal (WSJ), anak kelahiran Pulau Pinang yang juga Presiden dan CEO syarikat semikonduktor global, Broadcom Inc itu menerima ganjaran sekitar AS$162 juta (RM760 juta) pada tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut laporan WSJ, ganjaran itu bersyarat kerana beliau hanya akan menerima jumlah penuh sekiranya saham syarikatnya itu mencapai paras tertentu menjelang tahun 2025.

Hock Eng sebelum ini pernah mendahului senarai WSJ pada 2017 apabila beliau diberikan ganjaran sebanyak AS$103 juta (RM483 juta).

Selain itu, gajinya dilaporkan lebih tinggi sekali gus mengatasi firma gegasi popular lain seperti Tim Cook (Apple), Elon Musk (Tesla) dan Mark Zuckerberg (Meta).

Dua CEO lain mendapat gaji sembilan angka pada tahun lalu ialah Nikesh Arora dari Palo Alto Networks dan Steve Schwarzman dari Blackstone.

Hock Eng dilahirkan pada 1951 dan menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian di Massachusetts Institute of Technology (MIT) pada tahun 1971.

Beliau menamatkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Harvard beberapa tahun kemudian.

Pada Februari lalu, lelaki itu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Meta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI